Wednesday, January 26, 2011

Kalau hati dah berkenan...

Registered riders as at 24/1/11

1. khairaoul sanusi (tour mechanic) with vespa/T5/150 frm kangar
2. pak art with vespa/PX/200 (with wife as pillion rider) frm jitra
3. pak an with vespa/PX/150 frm kangar
4. fauzi with vespa/PX/200 frm jitra
5. atan with vespa/T5/200 frm alor setar
6. na'ei (the Maskot) frm kangar
7. faizal moorthy with vespa/PX/200 frm KL
8. latep with X9/evo/200 frm KL
9. izzam with X9/evo/200 frm KL
10. cikgu salleh with vespa/PX/200FL frm KL
11. ada sesapa nak join...?

(khabarnya cikgu salleh tlh mendapat pelepasan khas dr pihak pengetua beliau n PPD utk menyertai tour ini, dan rencana psl cikgu salleh bakal dicetak oleh pihak Berita Harian dlm akhbar edisi 28jan...)

Inilah senarai terkini peserta xpdc.

Kalau memang dah berkenaan walau datang rintangan tetap cuba diatasi. Aku pun nyaris terlepas ride kali ini sebab

1). Kawan setaman aku nikah pada 3hb Feb

2) Anak ke 2 aku kena daftar diri di Kolej MARA Kuala Nerang Kedah pada 7hb Febuari

3) Anak ke 3 aku pun kena daftar Tgktn 4 di SBPI Tasik Puteri Rawang Selangor pada tarikh yang sama.

Kalau korang apa agaknya akan anda lakukan..? ha ha

Perkara 1 dan 3 tu aku tak berapa lorat sangat sebab dah bincang baik dengan kawan dan bini aku..tapi perkara 2 tu memang termenung panjang jugaklah aku..jauh tu nak suruh bini aku hantar...kalau suruh jugak mesti memuncung panjang boleh gantung lesung batu..he he . Kalau dari awal tahu kena daftar 7hb Feb 2011 aku rasa memang tak pergi xpdc nih, tapi sebab 24hb Januari baru tau, semangat berxpdc pulak sedang memuncak, perghh kenalah cari jalan bagi jadi jugak.

Kawan nikah aku datang raikan awal sebelum aku berxpdc..maaf yea geng.

Posted by Picasa


Anak ke 2, seharian panjat pejabat Mara pada 26hb merayu mintak tangguh pendaftaran sehingga 10 hb Febuari..he he baca la surat rayuan aku, mana tau nak tiru. Aku tak tipu apa..Kalau pegawai tu tau aku pergi berxpdc motor sah tak dapat kelulusan..ha ha ..

Anak ke 3 nampaknya bini aku le akan pergi hantar..sekolah tu dekat je tak sampai 20km dari rumah aku..

Nampaknya line clear...Doakan xpdc kami berjalan lancar ok..

2 comments:

  1. salam..

    bak kata orang tua-tua.. nak seribu daya..

    semoga selamat dalam xpdc dan gumbira..

    ReplyDelete
  2. ha ha ha ..dah sampai seru..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK