he.he sama ke...ni le anak ke 4 aku belajar di MRSM Besut, Tingkatan 2..
Pergi ke Everland Theme Park aku rasa tak mau nak ulas panjang, sebab taman tema seperti ini di malaysia dan lain-lain tempat pun banyak..yang membezakan hanya sausana dan cuaca...Acara -acara mencabar seperti roller coaster dan Ferry wheel pun dibatalkan haritu sebab cuaca -20 deg. Kami lebih banyak menghabiskan masa didalam bangunan selain melawat taman zoo mini indoor..lawatan bermula dari 12tgh hari -4 ptg. Kalau mood baik keseronokan boleh dirasai dimana-mana itu saja.
Balik dari Everland Themepark terus dibawa ke shopping complex...argh bagi aku memang aku tak berapa gemar...kat Indon pergi shopping complex..kat Korea pun di bawak ke shopping complex...tak banyak beza seperti shopping complex di malaysia..barang mahal pulak tu...bila belek-belek harga..lebik baik beli di malaysia..aku teman anak beranak jelah pusing-pusing dalam bangunan..lagi pun di luar sejuk gilaa..
Idea tercetus oleh Dato Bandar Seoul. Sungai dinaik taraf 4 tahun yang sudah..Sungguh popular dato bandar tu sehingga menang dalam pemilihan Presiden Korea., baru-baru ni dia kan melawat malaysia..
Dalam perjalanan balik ke hotel dan makan malam kami dibawa singgah ke lokasi wajib pelancong...anak sungai yang dinaik taraf...! Sepanjang sungai 13km diindahkan dan kini menjadi tarikan pelancong luar dan dalam...Sungai sebelum ini adalah tumpuan buangan sisa bengkel-bengkel kereta dan macam-macam lagi sisa kumbahan lain..Macam Sungai Juru Malaysia barangkali..tapi kini indah dan airnya tersangat jernih..Banyak program dianjurkan disini, masa kami datang konsert ambang Krismas dan tahun baru sedang giat disediakan..Memang bila melawat negara orang, hati kecik aku selalu tak terlepas membandingkan apa yang aku lihat berbanding dengan apa yang kita ada di Malaysia...Kita memiliki keindahan yang lebih hebat tapi sayang kita masih belum pandai menghargainya..hati aku sangat pedih bila tengok orang sesuka hati menjahanamkan keindahan yang kita miliki...
Kami diberi masa 15 minit untuk bergambar dan ramai yang tak turun dari bas kerana tersangat sejuk diluar..Lepas ini singgah di Foreign Restaurant dan balik semula ke hotel..,

Esok melawat Stadium Piala Dunia 2002 dan shopping lagi...
No comments:
Post a Comment