Thursday, January 13, 2011

Kemalangan lagi dan lagii...

Kejadian harini..

Kedua-dua mangsa terselamat...masa ni hujan dah reda..

Pemandu bagitau tetiba je kenderaan hilang kawalan dan sedar-sedar sudah terbalik di tengah-tengah devider...terlanggar takungan air atas jalanraya barangkali...dia bagitau bawak tak laju, mungkin ada kebenarannya sebab waktu tu hujan sangat lebat...korang bayang kalau kenderaan tu melintang atas jalanraya..entah-entah aku pun turut merempuh kenderaan tu...Na'uzubillah..Aku bawak motor langsung tak dapat lihat jarak jauh...nak berhenti pun mana ada tempat berteduh di kawasan tu..

Kejadian semalam...



Alamaak..napa pulak jamm...masa ni aku naik kereta, bila tiba dilokasi kejadian, tu diaa.., pasukan bomba sedang bertungkus lumus dengan peralatan memotong untuk mengeluarkan mangsa tersepit...





Aku berhentikan kenderaan di lorong kecemasan untuk menangkap gambar..ermm...tak sempat pun dah kena halau.. cuma ni je yang dapat tangkap..


Semalam terserempak kemalangan di km444.7 lebuhraya PLUS selepas jalan susur tol Rawang membabitkan lori langgar devider, harini pulak di km 19 Lebuhraya GCE menghala utara sebelum tol plaza Bkt Lagong, kenderaan Toyota Fortuner terperosok di tengah-tengah devider pulak..Pergh ngeri aku, 2 hari berturut-turut menyaksikan eksiden...

Semalam aku cuma sempat tangkap gambar ambulan dan trak bomba sahaja sebab kena halau dengan polis peronda. Harini pun nyaris terlepas tangkap gambar sebab hujan sangat lebat dah dekat baru perasan ada kemalangan. Aku berpatah balik sebelum tol keluar Rawang Selatan...ha ..ha dah jadi macam paparazi pulak aku...

Kepada pengguna jalanraya semoga berhati-hati. Malang tak berbau...

2 comments:

  1. Wahh.. Kalau maca ni memang boleh sudah boleh jadi paparazi di lebuh raya :)

    ReplyDelete
  2. ha.. ha..kebetulan lalu jalan tuu..snap je lahh

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK