click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, January 8, 2011

Lubok Emas...

Tukar tayar depan RM110..Yang belakang bulan lepas tukar sebab rim bengok terlanggar lubang di Sedili...

Mujur aku simpan roller original, Roller yang rosak ni aku upgrade dulu konon nak bagi lagi pickup..roller 6 bijik tu 80 ringgit kalau tukar baru.



Mileage skuter aku 20943 km pakai tak sampai 16 bulan...Boleh kata hari-hari pakai sekitar lembah Kelang...Motor besor aku mileage 55000km untuk tempoh yang sama...ha.. ha..

Nampak tak belt yang sompek tuh...mujur aku buat servis cvt...Kalau tak mana perasan..Belt ni baru tukar sebenarnya tak sampai pun 6000km mileage berbanding 12000km yang sepatutnya. Tapi mekanik cakap belt tak ori...pergh kena tipu aku sebelum ni...harga mahal plak tu Rm 240..



Servis CVT sebab motor jalan tak lancar


Untung sapa yang bukak bengkel kenderaan. Yea sudah ada, tapi masih belum cukup ramai orang islam kita yang membuka bengkel sendiri, walaupun bengkel kenderaan ramai orang islam yang jadi pomen.,menunjukkan kepakaran kita dah ada, cuma perlu sedikit keberanian dan perancangan kewangan yang perlu disemai dan dipupuk. Setahun pertambahan kenderaan sahaja dekat 500000 unit...congak jelah...belum campur motorsikal lagi..Jadi kepada mekanik-mekanik diluar sana mulakanlah langkah anda membuka bengkel anda sendiri...pelanggan dengan sendirinya akan datang bila servis adalah tip top...iklan mulut-ke mulut sebenarnya yang lebih berkesan membawa pelanggan ke bengkel..

Semalam 6 dan 7hb/01/2011 aku hantar servis skuter aku...selain untuk rekod aku, korang tengok yea perbelanjaan motor ni yang menunjukkan bengkel adalah lubuk emas bagi pemilik bengkel..

Servis minyak hitam, minyak gear, air filter-rm110
Servis CVT -Rm35, tukar belt -Rm230
Tukar tayar depan- RM110, ini kira tayar murah...kalau yang berjenama minima RM210

Jumlah: RM485.

Ada lagi yang perlu tukar iaitu Cone Bearing untuk handle. Handle skuter aku terasa berat kesan terlanggar lubang di Sedili masa konvoi dengan geng x9 dulu.. mekanik cakap dalam RM280!...tapi aku tangguh dulu sebab kalau aku buat di Mail Motor Bt 16 Rawang, harga mesti lagi rendah...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK