Hariini Isnin 27 Mac satu Germany pekerja pengangkutan awam mogok kerana menuntut kenaikan gaji akibat kenaikan kos sara hidup. Menurut pungutan suara umum, walaupun tindakan ini menyusahkan, ramai yang bersetuju dengan mogok ini.
Bukan saja Germany, mogok di eropah sudah menjadi perkara biasa. Di Perancis masih lagi panas dengan mogok apabila kerajaan menaikkan umur pengeluaran pencen, seperti kwsp di Malaysia. Di Belanda seluruh warga pengangkutan udara pun pernah mogok tidak lama dulu.
Di Germany jaringan pengangkutan awam memang dahsyat. Jika mogok memang teruk semua sektor terjejas. Bandar daerah kecil pun dilengkapi dengan tren bawah tanah, atas tanah manakala khidmat bas awam sentiasa bertali arus.
Berbanding UK maupun ditempat lain, penulis kurang gemar dengan sistem tiket di Germany. . Di sini perlu membeli tiket secara manual di mesin kiosk atau secara atas talian..Ianya tidak begitu mesra pengunjung pertama kali melainkan telah teliti mengkaji.. Tak tau dimana untuk membeli juga tak tahu tiket perlu diaktifkan dan tak tahu di mana perlu mengaktifkan tiket. Jika pemeriksa mendapati tiada tiket atau tiket tidak diaktifkan serta merta dikompoun €60..
Kalau di UK atau Malaysia sekadar mengimbas kad prabayar, debit atau kredit di pintu masuk dan keluar saja.. selesai. Di Germany semua orang bebas keluar masuk tanpa melalui gate.
Atas sebab inilah di Germany kami kurang berjalan sana-sini sendirian. Malas mendapatkan info sebab kebanyakan info walaupun ada terjemahan, masih banyak perkataan kekal dalam bahasa German. Dan lagi orang awam tak ramai yang reti berbahasa english.
Cuma bagusnya di Germany seorang pemegang pas musim boleh membawa seorang penumpang secara percuma di hujung minggu selagi berada di negeri yang sama. Anak dan rakan pula berkelapangan, hujung minggu lah kami ke sana sini. Cuma disini hari ahad lebih sepi berbanding hari lain kerana hampir semua premis perniagaan ditutup kecuali restoran.
No comments:
Post a Comment