click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, March 9, 2023

Europe D12-Big Ben...

Selesai lawatan Battersea Power Station kembali semula ke Central London. Jika datang menaiki bas, kembali ingin merasa menaiki Uber Boat. Tiket dari Battersea ke London Eyes dalam £9+ seorang. Selain teksi air, berpeluang menikmati panorama London dari atas bot.










Singgah di Westminster Jetty Station, bergambar berlatarbelakangkan London Eyes dan Big Ben dan balik semula ke Wembley. Tak mau merayap lagi kerana menyimpan tenaga untuk kembali semula ke Germany esok 6hb. 







Pengalaman berpindah destinasi  Cologne -Lisbon  dan Lisbon-Luton London memang meletih lagi membosankan. Esok penerbangan 8.20 mlm Heathrow-Dusseldorf tak lama dalam sejam setengah tapi waktu menunggu di airport sangat lama 

Beban digalas juga semakin meningkat. Jika flight Ryan Air ke Lisbon , Wizz Air ke Luton hanya beg galas dibenarkan, flight British Airways ke Dusseldorf boleh membawa beg tambahan, bertambah berat dipikul kerana di London membeli sedikit ole ole untuk anak cucu. Sedikit kelegaan setibanya di Dusseldorf Germny nanti, walaupun menghampiri tengah malam, anak sudah sedia menunggu. Tak perlu pening mencari haluan destinasi lagi.

Sebelum ke Heathrow Airport mau melepak sepuasnya dahulu dibilik hotel.



No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK