Di Malaysia 1 Ramadhan ditetapkan pada 23hb April 2023. Ketika post ini ditulis kami tak tau lagi bila puasa di sini. Kena mendapatkan maklumat dari komuniti muslim setempat.
Tradisi ibubapa berkunjung ke tempat anak belajar luarnegara, kenalah menjamu pelajar di sana. Pelajar sekampus pun tak ramai dalam 13 orang.
Sedang eloklah tu makan- makan sambil menyambut kedatangan awal Ramadhan.
Ini bukan di Iceland tapi di Bochum Germany...Ketika di Iceland terpaksa membeli beg berbelanja sebab caj karung plastik sangat mahal. Beg berlogo kepala babi. Huaaa.
Di Germany karung plastik pun mahal.
Ketika di Iceland, kami sering berkunjung ke Pasaraya Bonus.. barangan disini lebih mesra poket. Keperluan bahan mentah sepanjang 7 hari dibeli disini. Logo babi pun babilah...
Berbelanja keperluan bahan jamuan pra Ramadhan bersama pelajar Bochum, Germany. Di Bochum mudah mendapatkan bekalan ayam, daging dan bahan halal lain. Ramai pengusaha berketurunan Turki.
Dah lama mereka tidak balik ke tanahair merasai masakan citarasa Malaysia.
Bersama dengan anak teman sekelas sekolah menengah dan satu universiti dulu.. Cepat masa beredar. Kini generasi kedua pula melalui pengalaman hidup di negara orang.
Seronok melihat mereka menjamu selera...
Ruangan kecil tiada masalah, boleh bersila dilantai...Pelajar-pelajar ini berada di semester akhir.
Bersama dengan anak teman sekelas sekolah menengah dan satu universiti dulu.. Cepat masa beredar. Kini generasi kedua pula melalui pengalaman hidup di negara orang.
Selamat berpuasa semua.. Moga amalan kita diterima..
Selamat berpuasa di negara orang kang.
ReplyDeleteSelamat berpuasa jg ckg...
ReplyDelete