click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, March 21, 2023

Europe D24-Selamat Tinggal Iceland

Setiap yang bermula akan berakhir begitu juga dengan lawatan Iceland. 17 hb dah habis seminggu di sini. 


Selesai musafir Iceland...paling berdegup kencang pastinya ketika memandu 3 hari dibahagian utara dengan suhu -18 , -24 , memandu dalam  cuaca yang sukar diduga, dalam terang tiba-tiba melalui ribut salji dipergunungan, jalan sempit, tiada penghadang keselamatan walaupun  dipinggiran gaung dan tasik. Entah standard mana dipakai dalam membina jalanraya tanpa menerapkan faktor keselamatan..

Menyaksikan kenderaan terbabas dan kemalangan. Bermacam-macam bermain di benak pemikiran jika kejadian tidak diingini berlaku.  Bagaimana menghubungi bantuan, walaupun mungkin bantuan  diperolehi, berapa lama perlu menunggu dengan kedudukan terpencil dan sejuk melampau begitu. Terbit juga rasa menyesal.  Kalau lah pergi berdua rasanya sanggup membatalkan trip ke utara walaupun terpaksa berugian membatalkan penginapan yang telah ditempah. 

Tiap kali memandang langit gelap hati pasti tidak tenteram..hanya sesekali bertembung dengan kenderaan lain..ketika ini baru menghargai kesesakan jalan...ramailah teman.


Sekarang sudah selesai trip, terbit pula rasa menyesal sebab pernah rasa menyesal..mujur tak jadi batalkan keliling satu  Iceland.. Pengalanan yang tidak  ternilai 😁



Penginapan malam ke 7 di Reykjavik.




Dapat bertemu dengan warga Malaysia dan Indonesia ketika bersolat jumaat di Central Mosque.



Warga indon ini telah 30 tahun bermastautin di Iceland dan ingin terus tinggal disini.

Terserempak juga pasangan muda Indon ketika membeli keperluan di supermarket, telah kerja di Austria 5 tahun ..juga ingin terus kerja disana. Sudah selesa di tempat baru.






Ketika di Airport Katowice menumpang solat di chapel. Warga kristian pun kelihatan berdoa disitu.




Alhamdulillah selamat tiba di Bochum penginapan anak. 

Ketika keluar dari airport Dortmond disapa anak muda menawarkan khidmat teksi sapu. Ingatkan kenderaan besar rupanya kereta kecil dua pintu, bersesak seperti sardin  menempuhi perjalanan 30km. Berbanding teksi mpv 80 euro, kereta persendirian ini hanya 30 euro..tak sampai hati menghulur 25 euro sebagaimana ditawarkan awal tadi.


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK