click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, March 5, 2023

Europe D8-Parque VII Lisboa...

Hari terakhir Lisbon menghabiskan waktu pagi melawat park, tak jauh hanya berjalan kaki sekitar 5 minit dari hotel. Rupanya park yang kami lawati bukan biasa- biasa, termasuk dalam senarai wajib lawat Lisbon juga. Bas hop on/off akan singgah di park ini.



Bila menaiki metro bawah tanah terasa jauh setiap destinasi, bila merayap jalan kaki sebenarnya sangat berhampiran. Bila berpusing di park ini, baru perasan shopping centre, stesen-stesen metro, hotel kami dan masjid sangat berdekatan. Dah boleh agak hala tuju tempat-tempat ini tanpa berpandukan google map...kalau tak, teraba-raba seperti orang buta.



























Sesudah Parque VII dah tak tau nak meronda mana lagi...Harini kena check out hotel pukul 12,  minta dilanjutkan dalam sejam pun tak boleh, dimaklumkan bilik sudah ditempah pengunjung lain..Ingin meronda Lisbon pun dah tak tau apa yang nak ditengok selain tak sanggup mengusung beg. Lagipun pas harian 3 hari yang dibeli semasa mula-mula datang  akan tamat dalam pukul 3 ptg.

Sesudah check out hotel kami menuju ke Central Mosque. Solat dan makan terlebih dulu sebelum menuju ke stesen metro berhampiran untuk terus ke airport.  

Mengikut bacaan, Di Lisbon airport terdapat prayer room, tanpa penunjuk arah susah juga nak jumpa. Sama juga semasa di Airport Cologne dah pusing keliling tak jumpa cari prayer room. Jadi bersolat saja di penjuru airport.


Melepak di terminal sementara menunggu penerbangan ke Luton London jam 9.30 mlm.

 

Bye-bye Lisbon..

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK