click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, March 25, 2023

Istanbul...

Sejak balik dari Iceland 17hb lebih banyak masa bergolek dirumah.



 Sesekali berjalan ke bandar untuk mencuci mata sambil makan -makan    membalas dendam  makan di Iceland sangat  mahal.

Selain dari itu sedikit sibuk membeli bahan menyambut ramadhan bersama rakan sekampus anak.

Ramadhan tiba, pening sekadar melepak, nak makan pun tak boleh, maka membelek destinasi dalam Germany..Balik Malaysia lama lagi 10 April. Dah buat perbandingan menaiki kenderaan awam atau menyewa kereta.


 

Jumaat dah bersiap sedia ke premis kereta sewa apabila anak menyebut tiket ke  Istanbul boleh diperolehi murah, terus mengubah rancangan. Ini antara sebab penulis tak berapa gemar menempah segalanya awal, kita boleh menukar perancangan bila- bila masa. 



Destinasi dalaman Germany memang banyak yang tak pernah sampai, tapi tak begitu teruja sebab dah dapat agak suasana, tak jauh berbeza dimana tempat sekalipun. Istanbul pernah pergi dulu, tapi oklah  berubah selera sebab dah lama berada di Germany..Boleh merasai ramadhan di Istanbul .. Boleh bersolat jumaat di Hagia Sophia. 


Solat jumaat Germany tadi di masjid Turki. Jemaah ramai, semasa tadarus pun ramai..Di Bochum ini terdapat banyak masjid warga Turki. Elok lah merasai ramadhan di negara Turki pula.

Sebelum itu  penulis dah  tengok- tengok beberapa destinasi eropah lain atau afrika utara, harga memang sangat menarik namun bila mengenang  perlu turun naik airport dan flight, terasa sedikit lemah. Dusseldorf-Marrocco pergi balik hanya rm200 seorang...

Anak dan isteri pun suka ke Istanbul hilanglah perasaan lemah nak turun naik airport lagi. Flight pun tak lama dalam 3jam. Disana nanti 29 Mac-4 Apr duduk setempat 6 hari di apartmen sewa ditengah bandar...pengangkutan awam dekat..malas nak keluar melepak saja di dalam bilik..masjid pun dekat, senanglah berterawih.

Lagipun bajet Istanbul jauh lebih murah berbanding destinasi dalaman Germany. Kos flight dan penginapan lebih murah dari kos sewa kereta dan minyak. Belum lagi caj parking, insuran tambahan dan kos tersembunyi saman. 

Hah...ke Istanbul kita...





No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK