click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, March 17, 2023

Europe D21- Glacier Lagoon and Diamond Beach

Harini  bergerak di laluan selatan menghala ke bahagian barat..

Dah boleh mintak anak muda memandu...semasa cuaca tidak menentu Akureyri- Djupivogur tak sampai setengah jam dah mengambil alih semula pemanduan..Cara pemanduan anak muda begitu  mendebarkan...minit- minit akhir membrek ..ada ketika terlajak ketika ingin nemasuki simpang. Kurang memberi fokus.

Sepanjang trip dah  terserempak dua kali  kenderaan terbabas  dan sekali kemalangan. Jika pun boleh menghubungi bantuan, pasti sejuk kekejungan sementara menanti bantuan tiba.

Ketika ribut salji walaupun penglihatan terhad, pemanduan perlu diteruskan..Jika berhenti dikhuatiri kenderaan belakang pula yang menyondol, sangat bahaya...atau pun kita yang terkandas salji tebal.. tertimbus salji lagi naya.



Sangat kontras pemanduan laluan utara dan selatan.. Jika diutara putih salji salji dan salji  di selatan disajikan  kekuningan rumput ragut seperti digurun. Putih salji hanya di puncak pergunungan. 







Chalet kami di Pjuvegur diikelilingi padang ragut..juga diapit dua pergunungan dan terdapat sungai.. Disini angin sejuk tersangat kencang..

Pemandangan sangat cantik...



Chalet dua bilik cukup untuk 5 orang.
Seorang kena tidur disofa ruang tamu

Kadar sewa rm1100



Sudah 4 kali pengisian minyak. Minyak diesel €2+  seliter..seperti di  Malaysia juga  RM2+..Sekali isi €100 lebih.. Fuhh..Imbas kad  untuk isi penuhkan tangki. 


Beberapa tempat akan dilawati antaranya  Glacier Lagoon, Diamond beach, canyon  dan black sand beach. Dalam keadaan pemanduan tenang, lawatan boleh dibuat dengan lebih santai.




Pemanasan global.. tasik ini dulunya adalah sebahagian  pembentukan glacier, kini mencair. Bongkah utama glacier masih kelihatan gigantik tapi makin menjauh ditanah pergunungan.








Di laluan selatan lebih meriah berbanding di utara.. Kawasan tumpuan meriah dengan pengunjung...


Glacier Lagoon dan Diamond Beach adalah bersebelahan. Serpihan  glacier terpisah dari glacier induk terhanyut ke pantai, sebab itu di panggil Diamond Beach.. kini diamond pun tiada..




Meneruskan lawatan lanjut disepanjang perjalanan... tiada lagi hamparan salji diatas jalan maupun dikiri dan kanan..






No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK