Apabila mengembara di bumi asing, paling mudah mencari makanan halal adalah dengan mencari masjid. Bersolat disana supaya masjid boleh menjadi saksi ronda-ronda kita di akhirat. Bila ada masjid selalunya komuniti muslim ramai disitu dan akan ada restoran muslim.
Semasa kami bersantap disini kebetulan bertembung dengan rombongan 30 orang Malaysia yang baru tiba dari Morocco. Mereka akan berada 3 mlm d Portugal dan bersambung ke Cordoba, Madrid dll di Sepanyol.
Masjid cukup besar mengambil kira muslim sebagai komuniti minoriti Portugal, cuma sewaktu kami hadir solat zuhur tiada imam masjid mengetuai solat jemaah 5 lima waktu. Masing masing solat sendirian atau bersolat berjemaah kecil.
Melihat rekabentuk menara Central Mosque Lisbon, teringat Masjid Fisabilillah haji di Cyberjaya.
Masjid Fisabilillah Haji Cyberjaya pastinya lebih cantik dan moden.
Berpandukan google map berjalan kaki saja balik ke hotel tak jauh dalam 900m. Masa diambil lebih kurang sama samada berjalan kaki atau menaiki bas atau metro. Leceh nak turun naik stesen metro. Merayap santai boleh melihat suasana persekitaran.
Cuaca sejuk 6 degree tak perasan dah tiba di hotel.
No comments:
Post a Comment