Tiap seorang keutamaan berbeza..ada yang suka berhabis menghias rumah..ada yang suka ke arah kereta, sport rim, aksesori lagi...ada yang suka berhabis untuk gajet. Ada yang suka mengumpul tudung, handbag ribuan ringgit..
Dan ada yang suka meronda- ronda...
Bukan sebab yang lain tidak berduit, cuma keutamaan berbeza..
Budak muda kiri sekali dan jaket merah meronda Iceland ni dah 14 hari, menghabiskan masa dibahagian selatan saja. Bil ditanya kenapa tidak mengelilingi Iceland, dijawab sengaja ingin bersantai-santai, sedangkan bagi penulis rugi berhabisan tapi tidak meneroka tempat berbeza..Ini yang dikatakan setiap orang keutamaan berbeza. Selepas Iceland, mereka akan berlepas beberapa hari ke Frankfurt Germany ...
Berbaju gelap tengah pun muda juga, datang bersama isteri dan 2 anak kecil
Keutamaan berjalan pasti diletak disenaraian atas sekali...keperluan yang lain mungkin asal ada saja.
Msian kiri dan kanan meronda DIY Portugal dan Marrocco.
Orang lain bukan tidak berduit cuma mungkin bila disebut kos meronda, akan terpacul perkataan, mahal la.. itu la..ini la, lebih baik buat itu.., lebih baik beli ini..
Keutamaan berbeza lah tu...😁
Belum pun habis trip eropah, rakan di Malaysia sudah memberi itinerary Jepun Oktober 23..
Alamak...
No comments:
Post a Comment