click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, March 7, 2023

Europe D11 -London 2015 /2017/2023

Penulis suka mendiarikan perjalanan ronda- ronda sejak dari dulu lagi. Membelek diari lama dapat mengembalikan nostalgia silam. Gambar berserta coretan  menyegarkan kembali pengalaman dilalui. Dulu tak boleh memuatnaik banyak gambar berbanding sekarang,  Kini video pun boleh disimpan sebagai kenangan. Rugi jika gambar- gambar hanya disimpan di kad memori phone atau Fb, bertahun berlalu gambar dan video sukar untuk di akses atau kad memori entah ghaib ke mana.

Ronda jauh mengambil kesempatan melawat anak- anak  belajar di tahun akhir luarnegara.

Kenangan ke Mesir melawat anak sulong belajar tahun akhir di sana, transit di London dan Barcelona 2015. Kami menyewa kereta meronda selatan England.


Coretan London/Mesir 2015 boleh di baca


Kembara Australia anak ke 2  2014 Di Sini

Kembara Kanada US anak ke 3 2018 Disini

Kembara New Zealand anak ke 4 masih tertangguh kerana  Covid19





Tower Bridge 2015


Big Ben 2015





Madame Tusoude 2015

Tak puas  meronda  selatan England di awal winter,  dimana tempoh siang singkat, kami meronda seluruh England dan Scotland penghujung winter pada tahun 2017 siang lebih panjang, sebelum menyertai rombongan Eropah bersama grup Kelana Konvoi.


Gedung beli belah Selfridges 2017.



Tube station Marble Arch 2017

Baju dan tudung pun sama..hehe

Coretan London/Eropah 2017 boleh dibaca sini Baca di sini

Ronda- ronda  terkini 2023 mengambil kesempatan melawat anak bongsu belajar tahun akhir di Jerman dikala menginjak usia emas..Terasa cepat masa beredar. Kulit semakin kendur, kudrat tidak segagah dulu, segalanya berubah.. hanya London yang kekal seperti dulu.

 
Tower Bridge 2023


Oxford Street 2023


Selfridges 2023







Madame Tusoude 2023



Big Ben 2023

Tak pasti samada berkesempatan singgah lagi disini dimasa akan datang..Banyak lagi destinasi eropah yang belum sampai seperti negara- negara scandinavia..Afrika Utara dll.

Panjang umur murah rezeki..In Sya Allah...





No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK