click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, March 6, 2023

Europe D10-Wembley Park

10 hari telah berlalu, meneliti gambar tiada banyak perbezaan, gambar yang hampir sama walaupun berlatarbelakangkan berbeza. Pakaian sama diulangpakai. Meronda bukan memperaga fesyen. Mencari laundry untuk mencuci pakaian. 







Felda Student Accomodation...

Bersebelahan dengan hotel kami, tak pasti sanada dibuka juga untuk orang awam, semasa mencari penginapan tidak terjumpa di Agoda maupun Booking.com.




Harga laundry £6.50 untuk mesin sederhana..kecil £5.5 dan  besar £8

Boleh la kitar semula baju Lisbon setelah dicuci.








Perjalanan Lisbon-London agak meletihkan untuk orang rumah, lebih lagi tanpa rehat yang betul. Walaupun rangkaian pengangkutan awam serba  lengkap di London, berpindah dari satu stesen ke stesen line berbeza walaupun di lokasi sama memerlukan stamina. Rangkaian keretapi bawah tanah atau lebih popular di panggil Tube melibatkan stesen jauh dibawah tanah. Perlu mendaki atau menuruni  tangga atau ekskalator atau lift.

Bila tenaga mulai pulih mencari makanan di supermarket untuk mengalas perut, hanya berjalan kaki dari hotel.. Berbeza dengan tanahair yang mudah mendapatkan orang berjual sarapan pagi, di eropah restoran/kafe paling awal dibuka adalah pukul 10 pagi, kebanyakkannya jam 12 tengahari ke atas...




Penggunaan tiket bersepadu kini lebih mudah, boleh membeli kad tiket yang dikenali Oyster, sama seperti kad TnG, kredit yang boleh di tambah nilai. Deposit £7 dikembalikan jika memulangkan semula kad Oyster tersebut. Atau paling mudah  menggunakan kad debit atau kad kredit Visa/ MasterCard.  Berbanding Germany, penggunaan tiket lebih ringkas hanya menyentuh pengimbas tiket di gate masuk dan keluar stesen. Menaiki bas dikenakan caj sekali masuk  kerana bas hanya memberi khidmat di zon yang sama, melainkan bas antara bandar atau negeri.

Harapnya di Malaysia dapat memecahkan monopoli TnG dengan meluaskan penggunaan kad Debit dan Kad kredit untuk tol dan tiket kenderaan awam.





Selepas berehat panjang dibilik, hari ke 2 London hanya pergi ke Wembley Central menaiki bas. Kunjungan ke Central London hanya setelah tenaga fizikal dan mental pulih. Walaupun hanya 12km Wembley  berada di zon 4, manakala Central London berada di Zone 1 . Akan lebih banyak menggunakan bas, kerana prasarana bas lebih mesra orang berusia.  Melainkan  merentas beberapa zon kena gagahkan juga menaiki tren ataupun tube.






Kita ada cucu kan..kih kih..


Di Wembley terdapat ramai warga muslim.. Terdapat banyak restoran halal. Malah kebanyakan KFC UK adalah halal.

Menurut senarai eropah, UK berada ditangga ke 4 sesudah Germany, France dan Rusia, negara yang memilik populasi  muslim ramai.

Esok akan ke Central London. 

Jangan paksa-paksa... Kita gerak santai


No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK