Lecehnya melawat Iceland berbanding eropah, SEBUTAN mata wang Iceland adalah besar, ribu ribu. Secara psikologi kita asyik tercongak kadar tukaran matawang. Sebutan euro dan pound lebih mesra telinga. 1000 Iceland bersamaan €150 atau RM33. Bukan saja sebutan besar, barangan pun giler mahal. Serkup kepala di Germany sekadar €4 di Iceland 2000+. Minyak di Germany €1.7 di Iceland 330 lebih...
Dalam trip ini kos kenderaan dan minyak yang dijangka lari dari bajet. Insuran tersangat mahal sekali ganda kos sewa kenderaan. Kos saman tak terkecuali...terlupa diselitkan didalam bajet asal.
Kebab juga Fish n Chip 2300 lebih, 2 kali ganda mahal berbanding europe dalam €12-17, jika saiz hidangan diambil kira. Walaupun eropah mahal tapi saiz hidangan adalah banyak mencukupi untuk 2 orang...Di Iceland tersangat kedekut seorang pun tak cukup.
Sesudah mengakhiri kemuncak lawatan hari ke 7 kami makan- makan di Restoran Shalimar Pakistan Tandoori & Curry House. Oklah kot sesekali meraikan pengakhiran lawatan. 3 set hidangan nasi berserta lauk ikan dan ayam untuk 5 orang bil hampir Rm800..Whoaaa.. hampir 2 kali ganda kos membeli bahan mentah untuk makan- makan sepanjang seminggu di Iceland.
Di Malaysia kita sering merungut terkuis-kuis isi, tomyam terlebih banyak bawang dan serai... Di Iceland selain mahal giler, semangkuk kecil kari, hanya terdapat 4,5 ketul daging sebesar hujung ibu jari..
Bila meronda terasa bersyukur kehidupan di negara sendiri.
Bersana warga Indon yang telah 30 tahun bermastautin di Reykjavik. Berdasarkan perbualan memang mereka ingin terus menetap disini. Sebelum ini bertembung dengan pasangan muda Indon yang berkerja di Austria.
Sepanjang musafir Iceland, kami menginap di homestay, rumah kelihatan kos rendah di luar tapi seperti hotel didalam..Melihat kebanyakan rekabentuk luaran rumah- rumah di sini tersangat ringkas...
Peralatan serba lengkap, boleh membasuh pakaian dan memasak sendiri..bahan mentah boleh diperolehi di supermaket, sebahagiannya seperti perencah dibawa dari Malaysia. Walaupun barangan serba serbi mahal, berbanding makan di restoran, bajet masak sendiri dapat dikurangkan dengan sangat banyak.