Harini meninggalkan Grudafjorour setelah bermalam hari ke 2 Iceland di rumah ladang Berg Horse Farm. Kalau semalam menggigil kesejukan, harini menambah satu lagi lapisan pakaian menjadikan 4 keseluruhan. Perjalanan harini akan menuju ke utara dikhuatiri lebih sejuk.
Kalau di tempat lain kebanyakan ladang, mereka menternak lembu. Di sini..kuda..
Sepanjang perjalanan semalam turut menyaksikan ladang- ladang terpencil jauh dari bandar maupun pekan, musykil juga bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian...banyak persoalan muncul..bengkel kenderaan, berbelanja barang dapor, hospital, persekolahan anak- anak dll
Rumah yang kami sewa serba lengkap
termasuk wifi..
Segalanya membeku termasuk air terjun...
Bertemu lagi keluarga dari Malaysia dan Singapura yang turut berpusing mengelilingi pulau selama 10 hari, esok hari terakhir mereka di Iceland. . Ingatkan Iceland sudak cukup terpencil rupanya ramai warga Malaysia berkunjung ke sini.
Setiap destinasi Portugal, England, Iceland, Germany nampaknya dapat bertemu warga Malaysia.
Sebelum ini hanya menyaksikan dokumentari, harini merasai sendiri berjalan di atas air tasik yang membeku.
Berbanding semalam lebih cemas melalui jalan raya sunyi bersalji, harini lebih tenang, salji tidak setebal semalam. Memandu ibarat merentasi gurun ais dengan persekitaran bersalji memutih saujana mata memandang. Sebahagian laluan melalui jalan tidak berturap.
Tercapai hajat mengabadikan foto di gurun ais. Sejak mula pemanduan, hanya disajikan dengan pemandangan salji.
No comments:
Post a Comment