click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, March 3, 2011

Yang ini berkenan..yang itu pun berkenan ish..ish..


Motor hitam belakang tu nampak lagi mengancam erk...milik pomen Pok Topa. dok amboh jua pulok..argh tapi dapat yang kaler merah pun ok dah. Aku akan lenjan keliling Malaya nanti motor nih..ada sapa nak join..?

Lampu belakang kepala rimau...bila tekan brek mata kaler hijau menyinar wei... bior nampak garang supaya orang belakang  tak sondol motor aku nanti...top speed cuma dapat 90km/jam saja...


he he nilah dia pomen Pok Topa...

Yes... motor tua wa dah siap. Lelah 2 tahun lebih menunggu akhirnya terubat bila dapat melihat dan mencuba sendiri menunggangnya. Macam orang beranak. bila dengar bayi menangis terus rasa hilang sakit masa meneran..ha ha..Kalau boleh ikat atas motor, nescaya aku bawak balik jugak Ahad baru ni..Nak tunggu pomen pos tak tau lah pulak apa masalah yang bakal dihadapi nanti.

Nampaknya bertambah lagi lah aktiviti hujung minggu aku nanti..Layan geng motor klasik pulak..ada bagusnya bila ramai geng ni...selain boleh meramaikan kenalan, dapat lah juga beralih selera bila dah jemu nanti.. takdalah layan benda yang sama je..dan boleh lah wa beralasan kalau tak dapat menyertai mana -mana aktiviti geng yang lain.

Vespa klasik nyaris-nyaris aku terbeli baru-baru ni...nak ikut nafsu memang aku sangat berkenan dengan vespa nih,mujur cepat-cepat urut dada., sebab kalau banyak sangat motor tua bawah garaj nanti, bila masa pulak nak bagi hidup enjin. Cukuplah motor cb90 ni mewakili motor tua aku. lagipun skuter x9 dah boleh masuk dengan geng vespa. Sekarang ni dah ada 3 bijik motor yang aku terpaksa bersilih ganti menggunakannya. ish.ish. Anak lelaki aku tak berkenan pulak dengan motor-motor ni. tapi anak pompuan aku yang no 2 tu jangaan dipelawa..pantang di beri peluang..silap-silap motor besor aku pun di tonggangnya. he he...

Tapi ada satu lagi motor yang aku sangat-sangat berkenan...motor apa tak maulah wa cerita selagi angan-angan tak menjadi kenyataan..tu juga antara sebab wa gugurkan vespa dari senarai motor idaman wa...Cukuplah empat...ha ha..

2 comments:

  1. saya pun ada sebuah cb90 pusaka Allahyarham ayah dulu..

    belum rebuild lagi sebab masih kekurangan modal..

    cuma masalah sekarang untuk hidupkan roadtax.. khabarnya kena masuk ke amanah raya dulu..

    insyaAllah nanti akan saya rebuild balik..

    ramai orang minta nak beli.. tapi saya tak mau jual..

    ReplyDelete
  2. ehh irdina motor sy ni pun nama digeran nama org lain. tn punya dh meninggal. tapi ada org boleh tlg utk renew rdtax. tak taulah sy pun tak cuba lagi sb motor pn baru siap. sementara waktu ni hantam sajalah tak guna rdtax. alah utk jalan dkt2 saja..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK