Tak susah nak senang, tak senang nak susah. Sedangkan bangsa asing boleh hidup mewah, inikan pula kita yang segala peluang terbentang di depan mata sepatutnya lebih dari itu, Yang penting ada keberanian, kegigihan dan sedikit daya tahan insyaallah kita boleh pergi lebih jauh. Kalau asyik alasan bermain dibibir selagi itulah susah untuk kita mengubah nasib diri.
Syabas aku ucap kepada anak muda ini. Beliau mengambil khidmat mencuci karpet, sofa rumah, sofa kereta, dan mencuci bahagian dalaman kereta. Caj antara RM100-300 bergantung kepada jenis barangan yang dicuci. 3 biji Sofa diatas dikenakan caj RM130. Aku percaya sekiranya ditawarkan makan gaji dengan imbuhan 2-3 ribu sebulan, belum tentu beliau memilih tawaran itu., lebih baik buat kerja seperti sekarang. Dengan berbekalkan peralatan mencuci dan sebuah van, aku rasa pendapatan dia tak kurang 3-4 ribu sebulan dan tempoh waktu berkerja mengikut jadual yang ditentukan sendiri. Sekiranya mau pendapatan lebih, giatkan usaha, buat promosi dan panjangkan tempoh berkerja..
Begitu juga dengan seorang lagi anak muda yang memiliki kelulusan sijil, berkerja dalam bidang dipelajari tapi meletakkan jawatan kerana merasakan pendapatan yang diperolehi tidak selebat berbanding dengan berjual cendol sebelum itu. Walaupun muda diawal 30an tapi telah berjaya menunaikan haji dan umrah hasil berjualan cendol tersebut. Seharian ke hulu ke hilir dengan lori kotak bersama barang dagangan, bila berhujung minggu bergaya dengan Golf GTI. Aku tak fikir dia boleh mencapai semua itu dalam waktu yang singkat sekiranya masih mengekalkan kerjayanya sebelum ini.
Jika orang boleh, kita pun pasti boleh..!
No comments:
Post a Comment