Wednesday, November 23, 2011

Belanja dapor...



Dulu masa sedang belajar memang aku pelik tengok orang berbelanja penuh troli, sekarang ni aku pelik kalau tengok orang berbelanja guna bakul. Berapa puluh kali nak berulang alik ke pasaraya membeli stok tambahan. Apatah lagi sekarang ni tengah cuti sekolah, sekejap-sekejap budak cakap lapar, lapar dan lapar....satu troli di atas tu lebih-lebih seminggu je dapat bertahan ,  itu baru tiga anak berkumpul dirumah kalau semua  lima ada rumah, terasa baru semalam penuhkan stok dah kena cari stok baru lagi. Aku tak dapat bayangkan macamana kalau ada lebih sepuluh  orang anak... hari-hari macam kenduri agaknya kena sedia makanan.

Bila sembang dengan rakan-rakan..ermm serupa je...tengah malam adalah yang kelentang kelentung cari makanan atas dapur. Musim cuti sekolah ni lain kerja tak da, mengadap komputer, makan...makan, mengadap komputer.., malam tidor lewat..lepas solat subuh sambung lagi tidor..ish..ish berbuih mulut membebel pun macam tu jugak...

Adakah anda menghadapi perkara yang sama..?

2 comments:

  1. Dan yang bestnya bila tengok orang kita shopping, satu trolley mesti tak lari dalam RM300 ke atas..duit sekarang..lajunya macam air!

    ReplyDelete
  2. memang betul brg2 dapor mahal skrg,syabas kepada mereka yang bergaji bwh seribu tapi mampu mengurus wang dengan baik...

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK