Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil Adha...

Aku rasa tak terlambat lagi mengucapkan selamat hariraya Aidil Adha kepada seluruh umat islam. Bulan dimana kita memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim bersama isteri Hajar dan anaknya Nabi Ismail diuji sebagai bukti taat dan patuh kepada perintah Allah SWT. Setelah sekian lama menanti zuriat, dianugerahkan dan diperintahkan pula melalui mimpi supaya dikorbankan anak kesayangan. Tanpa berbelah bagi ketiga-tiga insan hebat ini redha dengan perintah Allah. Allahuakbar...! pisau yang tajam tidak mampu melukakan leher nabi Ismail sebaliknya telah diganti dengan seekor kibas yang sihat.



Alhamdulillah kini kesedaran masyarakat untuk menyertai ibadah korban binatang ternakan nampaknya semakin tinggi. Sepanjang balik ke kampong baru ni, banyak aku tengok lembu terutamanya yang sedia untuk dijadikan korban. Di taman tempat aku sebanyak 16 ekor lembu dikorbankan.

Gambar yang anda lihat ini aku terima MMS dari anak saudara aku di taman beliau. Lembu ini walaupun telah sempurna disembelih tapi masih mampu berdiri setelah ikatan dikakinya dilepaskan...Lembu -lembu terkemudian sebanyak 4 ekor telah siap dilapah tapi lembu ini masih belum bercerai nyawa dari badan..

Ajal maut ditangan tuhan, manusia mampu merancang, tuhan tentukan. Kalau ikut hukum akal memang dah lama kena lapah dan diagih-agihkan daging lembu ni... Setelah lama menunggu akhirnya berpisah jua nyawa dari badan. Bila tiba nya ajal tidak akan diundurkan atau dicepatkan walaupun sesaat. Selagi belum tibanya saat kematian itu, manusia tidak boleh berbuat apa-apa walaupun logik akal mengatakan waktu itu sepatutnya telah tiba.

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK