Thursday, November 3, 2011

Bila barangan lusoh makin berharga...





Aku perhati budak-budak berbasikal tu dari kejauhan. tak lama lepas tu dia menuju ke tempat dimana aku berdiri.

"Cari apa dik..?" saja aku menanya

" Cari besi.." selamba je bebudak tu jawab..Dalam hati aku habis la sangkar batu yang aku beli dan longgokkan ditepi sungai untuk buat pengukuhan tebing.

" Pungut besi buruk saja tau..!, sangkar tu jangan di ambik .."

"ok.." jawab mereka ringkas. Aku harap mereka betul-betul tak ambil.

Ada la 5,6 orang anak-anak dalam lingkungan 10-13 tahun, berbekalkan guni plastik, mencari besi buruk. Tindakan mereka mencari besi buruk tidak salah, yang jadi masalah bukan setakat besi buruk diangkut, besi yang tak buruk pun turut diangkut sama. Kebetulan lokasi kerja aku tu berdekatan dengan tapak pembinaan kompleks pejabat LKIM di Pulau Meranti Dengkil..,jadi agak mewah lah pemungut 'besi buruk' mendapat habuan. Aku tengok banyak juga 'besi buruk' yang diangkut dibasikal diorang tu. Bila aku bagitau penyelia tapak tu, diorang memang sedia maklum dengan kerenah anak-anak orang asli yang tinggal berdekatan dengan tapak pembinaan itu.

Fenomena kehilangan barangan besi adalah fenomena nasional dan dunia barangkali. Seiringan dengan berkurangan bahan mentah besi, permintaan besi boleh dikitar semula semakin meningkat. Harga pasaran besi buruk kini sekitar 0.90 sen sekilo. Aluminium atau tembaga harga lebih tinggi. Pantang lepa, barang berasaskan besi ini mudah saja ghaib. Penutup longkang yang depan rumah kalau tak di ikat kukuh nescaya hilang sekelip mata. Lebih mengherankan penutup longkang di tepi lebuhraya yang sibuk pun boleh 'berjalan'. Penghadang jalan besi ditempat sunyi jangan cerita la..Walaupun pihak berkuasa meletakkan label nama jabatan masing-masing untuk mengenal pasti barangan, tindakan itu seolah-olah tidak berkesan, Hilang tetap hilang...!

Kerugian yang dilaporkan berikutan kecurian ini bernilai jutaan ringgit. Kekadang ada manusia yang sanggup menggadai nyawa dengan memotong kabel elektrik, talifon atau memanjat pylon letrik bervoltan tinggi semata-mata untuk mencuri besi. Bukankah kita pernah baca diakhbar pencuri mati tersangkut di pylon akibat terkena renjatan elektrik? Aku mencadangkan supaya lubang-lubang angin untuk bangunan pencawang elektrik jangan dipasang dengan kekisi aluminium sebaliknya guna saja lubang angin konkrit. Walaupun tak berapa cantik tapi selamat..!

Kejadian berleluasa ini berlaku kerana manusia dah tak ambil peduli dari mana sumber rezeki. Dalam kepala hotak masing-masing yang penting boleh dapat duit.,duit dan duit..! Dan punca terhakisnya nilai moral itu kerana semakin ramai orang yang membelakangkan agama. Orang bukan islam aku tak mau ulas sebab aku pun tak tau apa yang diajar kepada penganutnya, tapi orang yang mengaku islam ni pun ramai juga yang terlibat dalam mencuri harta awam . Pada aku punca utama merosotnya nilai moral kerana ramai orang memandang ringan keutamaan solat. Melalui kaji selidik lebih 70 peratus orang islam tidak mengerjakan solat..!

Untuk menilai secara mudah nilai statistik itu lihat saja dipersekitaran kita seperti dipejabat-pejabat dsb..berapa kerat sangat orang yang menunaikan solat...? Bagaimana pula di pasar-pasar malam dan pelbagai tempat lain..?

Dihari yang Jumaat yang mulia ini jomlah ingat-mengingati. Kita memulakan dengan diri kita dan serulah orang dibawah tanggongan kita untuk bersolat. Bukan setakat solat,tapi berazam untuk melakukan solat yang sempurna...Kerana hanya solat yang sempurna dapat mencegah dari kemungkaran...

Ya Allah Jadikanlah solat kami solat yang khyusuk dan terimalah solat kami. Aminn..

No comments:

Post a Comment

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK