Wednesday, April 6, 2011

Jom kita kira...!

Lama aku tak jumpa kawan aku nih., tadi kebetulan terserempak dia kat Naza AutoMall, PJ.

Aku; Wei apa buat kat sini?
Dia; servis motor
Aku; Motor yang mana satu?
Dia; Monster 1100. motor bini aku...
Saleman; Masa saya hantar motor sampai tak tau nak letak kat mana lah motor dia bang..
Aku; pergh..!

he he lebih kurang gitulah perbualan kami...bila dah lama sembang baru aku dapat tau dah bertambah koleksi motor dia. Bila balik aku check harga motor dia. Jom kita kira..


BMW K1200S-RM110K+


Ducati 1198S kalau campur after market aksesori lebih RM200K motor nih..! baru beli mileage tak sampai 500km lagi...
Ducati Monster 1100  100k+ tak silap aku..ini motor bini dia...sebelum ni monster 690, tapi bini dia cakap under power..!

BMW S1000RR- RM110k+


Ducati Multistrada 1200S tanpa aksesori saja sudah hampir mencecah RM150k

Manakala motor kecik paling koman 10k-15k untuk dua bijik

Kawasaki Scrambler 150
Skuter

Tujooh bijik...! giler ke apa...inilah penangan bila dah giler motor...ish..ish.  Korang congak jelah berapa nilai koleksi motor dia. Itu tak campur kelengkapan topi, jaket. boot seluar dalam he.he  dll.. dan yang unik berkenaan kenderaan dia, baik kereta atau motor semua nombor pendaftaran adalah 4. Haa yang ini aku saangat suka. Buktikan kepada sesapa yang taksub sangat dengan nombor  ong..ong tu sebenarnya takda benda pun dengan angka, semua sama saja...

Bagi aku kalau anda mampu untuk memiliki semua itu, teruskanlah. Nak borong semua jenis model pun ok. Anda adalah orang yang paling layak menilai kemampuan anda. , bukan orang lain. . Paling tidak ramai juga yang beroleh manfaat dari kegilaan anda itu.  Tauke kedai untung boleh menggajikan ramai staf bila bisnes berkembang, jurujual tersenyum,   ramai mekanik boleh bernaung dibawah pemilik-pemilik bengkel kenderaaan dsb...rezekikan untuk dikongsi bersama. Daripada ada duit tapi simpan bawah bantal tak ramai yang beroleh manfaat betol tak..?

Bagi kita yang kurang mampu pulak, ikut saja stail kita, usah terikut-ikut sangat dengan rentak diorang..Kalau untuk jadikan inspirasi kita ok la..harap-harap suatu hari nanti kita juga berkemampuan macam mereka. Yang jadi masalah kita tak mampu tapi cuba ikut stail orang yang mampu. sah naya beb. itu yang  tergamak menggunakan sumber kewaangan meragukan demi memenuhi kehendak hati. Bila SPRM berdehem saja dah mula kecut perut...

Cara mudah untuk mengawal keinginan di luar kemampuan adalah dengan bergaul dengan geng-geng yang sekufu/setaraf dengan kita. sebab tu dalam banyak hal aku telek dulu geng yang aku nak  join. kalau lebih banyak mencaca- merbakan  fikiran lebih baik berundur. buat kawan gitu-gitu sajalah...Bagi yang tak mampu tapi buat-buat mampu, memang sengaja cari bala...Sekali lagi ukur baju dibadan sendiri...Keputusan di tangan anda...

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum..

    Saya juga mempunyai seorang kawan.. yang tahu beli motor tetapi tak tahu menjualnya.. hehehe..

    Kawan saya ni.. simpan semua motor kepunyaannya semenjak zaman sekolah hingga sekarang.. yang mencecah sehingga 11 buah semuanya.. dari sekecil-kecil Yamaha 100 sport, vespa hinggalah Yamaha R1.. dan semuanya berfungsi dengan elok serta sah road tax dan insuran.. (sebulan sebuah hidupkan roadtax dan insuran).. tak termasuk kereta dan lori..

    Tapi.. mungkin rezekinya murah.. bahkan dia sendiri seorang yang pemurah.. Alhamdulillah..

    Nak tahu pekerjaannya.. seorang tokeh kilang padi... tapi jika dilihat personaliti.. tak seperti seorang tokeh kilang padi.. nampak macam orang kebiasaan saja..

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK