Practice make perfect...Sebab aku jarang praktis maka aku tak perfect. Baru di kaki bukit kaki dah lenguh.dan tak larat nak berlari, nafas pun tercungap-cungap,berbanding pakcik sebelah aku tu, walaupun berumur 63thn, tapi selamba saja BERLARI mendaki bukit. Siapa nak lawan pakcik tu jomlah datang ke taman aku di Country Homes Rawang. Saban petang beliau berlari keliling taman. Aku join dia tapi bukan berlari...aku berbasikal ha,ha..
Semangat bersenam muncul kembali.., setelah melawat kawan aku yang terlantar gara-gara sakit kencing manis peringkat kritikal. Meremang bola roma aku tengok berpuloh jenis ubat yang terpaksa ditelan untuk MENAHAN sakit. Kita yang masih sihat ni sepatutnya insaf akan nikmat sihat yang masih belum ditarik balik.. Kalau dah terkena memang tak boleh undur..sepanjang hayat terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan...
Disamping senaman fizikal harian , amalan yang dianjurkan oleh agama islam sebenarnya menjurus kepada amalan kesihatan yang baik. Nabi sangat menganjurkan 3 perkara berikut :-
1. Berpuasa sekurang-kurangnya 3 hari dalam sebulan
2. Perbanyakkan solat malam dan
3. Mengerjakan solat Dhuha.-Solat dhuha ni diibaratkan seperti zakat terhadap anggota tubuh kita.
Aku pun jarang melakukan perkara di atas tapi aku harap dengan menulis dan berkongsi maklumat yang aku dengar dari ustz-ustaz ni, aku dapat kekuatan mengamalkan tips yang digariskan oleh agama ini. Aminn..
No comments:
Post a Comment