click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Wednesday, April 27, 2011

Aku adalah aku...sudilah terima seadanya...

Alamak kawan aku cakap tulisan aku syok sendiri... walaumacamanapun terimakasihlah kerana ada juga yang sudi menegur. Aku mintak maaflah kalau apa yang aku tulis ni tidak memenuhi selera pembaca. Aku menulis ni pun sebenarnya  suka-suka saja, Kekadang ada pendapat yang aku ingin utarakan...Nak hantar kat suratkhabar atau blog orang lain mungkin tak memenuhi standard diorang...jadi paling senang adalah di blog sendiri..kita yang tulis , kita yang tapis..betul lah tu syok sendiri..he he..lagipun daripada aku berjam-jam menghadap komputer tapi tak mendatangkan hasil lebih baik aku menulis diari ni, selain untuk rekod sendiri sedikit sebanyak dapat juga  berkongsi dengan pembaca yang sudi datang.. yang baik ikutlah, yang buruk buang jauh-jauh....Aku tahu tak ramai pengunjung rumah aku namun begitu aku cubalah juga  jamu  dengan apa yang termampu. Air kosong pun ok lah kot..Nak menulis yang hebat dan menarik memang aku tak reti sebab menulis bukan profesion aku..Memang  tulisan aku banyak menyentuh  perihal pengalaman aku seharian. kerana aku rasa pengalaman yang aku rasai lebih dekat dengan aku..jadi fakta yang aku persembahkan aku yakin kesahihannya berbanding kalau aku menulis perkara yang aku tak arif diikhuatiri fakta aku banyak yang tak tepat...sekali lagi maafkan aku..hu..hu..

2 comments:

  1. saya sokong kang Latep.. seperti juga saya.. saya tulis apa yang saya alami dan saya rasa.. terpulang kepada sesiapa yang nak baca.. kalau tak mau baca pun.. saya tak marah.. menulis sekadar rujukan dan hasil pengalaman sendiri...

    ReplyDelete
  2. he he..terimakasih bro..kita serupa..!

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK