click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, November 19, 2010

AWAS JERANGKAP SAMAR 4

Berikut adalah tambahan kepada info Jerangkap samar1, Jerangkap samar 2 dan Jerangkap samar 3

MOTOR KECIL JOIN MOTOR BESAR DAN SEBALIKNYA

Memang bahaya sebab si kecil akan memerah motor ke limit maksima dalam apa jua keadaan dengan harapan tidak tersisih dibelakang..Yang pasti motor tidak mampu menggalas cabaran..Silap percaturan terperosok dalam semak..

Motor besar join motor kecil pun bahaya..kena pula ada rider kecil suka mengacah si besar. Dek kerana tak tahan acahan, mula le yang besar beraksi diluar kemampuan diri. Ego punya pasal..

TAYAR BOTAK

Yang ini jangan main-main.. Apabila tanda tukar tayar sudah kelihatan jangan bertangguh, jika tidak anda akan membayar dengan harga yang jauh lebih mahal..Pomen bergerak memang sentiasa bersedia, tapi dengan harga sembelih..Kalau motor besar pulak bersedialah dengan kos tambahan transport untuk mengangkut motor anda..Bukannya murah..

Tapi harga ini adalah 'nothing' kalau nak dibandingkan dengan nyawa yang dipertaruhkan..Pergh aku tak dapat bayangkan kalau tayar motor tiba-tiba pecah semasa sedang memecut..Memang tidak berbaloi.. Berjimat tak kena tempat..

KENDERAAN MEMASUKI SIMPANG

Jaga-jaga bila anda menggunakan lorong kiri. Kenderaan berhenti dihadapan anda mungkin sedang memberi laluan kenderaan arah bertentangan untuk memasuki simpang. Kenderaan membelok anda pun terjah..Minggu lepas seorang geng riders maut di Kemaman dalam situasi ini.

1 comment:

  1. salam bro,nak comment sikit bout motor besar join motor kecik and sebaliknya

    macam ni,dari pengalaman saya main motor yang tak berapa lama ni,pernah jugak dulu2 konvoi dengan abg2 bermotor besar ni padahal saya cuma guna moped je,memang kena perah maksimum sebab nak ikut speed tu,tapi kene be caution 110% lah and alhamdulillah takde apa2 jadi time konvoi tu,hehe

    and pasal motor besar join motor kecik tuh,ego tu kena buang la,kalau tak memang bahaya,apa2 pun bro,nice blog u have here!

    ^_^

    ^_^

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK